Howl’s Moving Castle Malay Dub

Mengisahkan seorang gadis penjual topi yang bernama Sophie yang telah tidak sengaja bertemu dengan ahli sihir yang bernama Howls yang dikatakan terkenal dengan khabar angin bahawa dia adalah seseorang yang suka memburu jantung para gadis namum itu cuma khabar angin sahaja. Setelah diselamat oleh Howls dari gangguan seksual oleh tentera dan dari diburu oleh konco perempuan sihir tanah tandus, Sophie mula dilamun cinta dan ditegur oleh adiknya mengenai keinginannya.

Sophie telah didatanggi oleh perempuan sihir tanah tandus yang juga ingin mencari Howls. Akibat melawan perempuan sihir tanah tandus, Sophie telah disumpah menjadi seorang nenek. Akibat terkejut dengan sumpahan ini, Sophie melarikan diri dari rumah dan menuju ke tanah tandus dan di situ ia terjumpa dengan orang-orang yang digelar sang lobak. Sang lobak telah membawa Sophie ke istana Howls untuk berteduh dan ia telah bertemu dengan jembalang api yang bernama Calcifer dan juga merupakan kuli kepada Howls.

Mereka berdua mula berkerjasama untuk merungkai sumpahan terhadap Howls dan dalam masa yang sama, Sophie mula menaruh perasaan terhadap Howls.

(Visited 933 times, 1 visits today)