One Punch Man Malay Dub

Sinopsis

Mengisah tentang seorang lelaki botak bernama Saitama yang mempunyai
kekuatan luar biasa yang tak terhingga dan mampu menghapuskan raksasa dengan satu tumbukan sahaja. Sebelum menjadi hero, Saitama hanyalah pencari pekerjaan yang telah gagal dalam banyak temu duga. Namun Saitama mula beralih profesion ke arah pekerjaan hero setelah dia menyelamatlam seorang budak dari amukan Crablante dan berjaya membunuh Crablante tersebut.

Setelah bosan kerana gagal berjumpa lawan yang setara, Saitama secara tak sengaja telah menyelamatkan Genos dari kematian dengan menghapuskan Mosquito Girl dan Saitama juga terpaksa menerima Genos sebagai anak muridnya kerana didesak olehnya beberapa kali untuk mengetahui teknik kekuatannya. Namun dalam tidak sedar, masih ada
ancaman yang bakal menghura-hurakan bumi terutama dari laut dan juga
dari angkasa lepas. Mulai saat itu, Saitama mula menyertai persatuan hero.