The World God Only Knows Season 1 Malay dub

Sinopsis

Keima yang merupakan seorang otaku yang begitu tergila-gilakan permainan video visual novel yang bergenrekan Gal Games (Bishoujo), hinggakan kehidupan realitinya sanggup diabainya demi permainan videonya. Walaupun bersikap begitu namun dia begitu cemerlang dalam pelajarannya dan selalu mendapat markah penuh dalam ujiannya. Tapi semuanya bakal berubah apabila dia tak sengaja telah bersetuju menerima sebuah kontrak dari neraka bagi membantu menangkap roh peranyau yang telah terlepas angkara orginasasi rahsia yang ingin membawa semula neraka lama.

Elsie yang merupakan syaitan dari neraka telah dihantar ke bumi untuk menjadi pasangan Keima dalam misi menangkap roh perayau yang telah menghuni dalam badan setiap gadis. Untuk menangkap roh perayau, Keima dipaksa untuk mengayat setiap gadis yang menjadi hos kepada roh perayau dan membuat gadis itu jatuh cinta padanya demi memaksa roh peranyau itu keluar dari badan gadis tersebut dan menangkapnya. Namum masalah timbul apabila Elsie menyedari bahawa Keima hanyalah seorang otaku yang hanya mahir dalam permainan video dan tak pernah pun mengayat mana-mana gadis dalam kehidupan sebenarnya.

Tapi semuanya berubah, demi menyelamatkan Ayumi yang telah menjadi hos kepada roh peranyau, Keima terpaksa mengayatnya dengan menggunakan segala teknik memikat yang telah dia pelajari dari permainan video visual novel Gal Gamenya demi menggoda Ayumi?

(Visited 193 times, 193 visits today)