The World God Only Knows: Goddesses Malay Dub

Sinopsis

Selepas beberapa season berlalu dan juga beberapa awek-awek jepun yang berjaya diayat dan digoda oleh  dewa penggoda yang bernama Katsuragi Keima. Kini muncul pula season yang terbaru yang di mana cabaran yang lebih besar dengan dugaan berat yang menanti dewa penggoda yang bernama Katsuragi Keima!? Diana yang merupakan seorang dewi yang pernah berjuang dalam menentang puak-puak setan neraka lama bagi mewujudkan revolusi untuk neraka baru telah bangkit semula setelah roh peranyau yang merupakan puak-puak setan neraka lama dibebaskan oleh sekumpulan ahli-ahli penangkap roh peranyau yang ingin membawa kembali neraka lama. Diana yang menghuni dalam badan Terri yang merupakan hostnya. Terri ialah kawan Keima sejak kecil dan juga mempunyai perasaan terhadap Keima. 

Tanpa disedari Diana juga telah jatuh hati terhadap Keima. Keima diberitahu oleh Diana bahawa dia mempunyai  adik-beradik yang lain dan mereka kemungkinan telah menghuni di dalam tubuh para gadis yang pernah digoda oleh Katsuragi Keima. Diana juga memberitahu Keima bahawa gadis yang menjadi host kepada para dewi akan mengingati semula segala ayat-mengayat dan godaan yang pernah dilakukan oleh Katsuragi Keima. Dan ia terbukti apabila Kanon mula mengingati semula godaan Keima dan keadaan bertukar menjadi kecoh apabila Kanon meluahkan perasaannya terhadap Katsuragi Keima di hadapan semua pelajar kelasnya. Apabila cinta Kanon terbalas, dewi di dalam badan Kanon mula mengambil alih badannya dan menjadi liar. Akibat kecuaian dewi Apollo, 
dia telah diserang oleh Vintage.

Keima menyedari, Kanon berada dalam bahaya dan atas bantuan dewi Apollo, sedikit sebanyak telah membantu menyelamat nyawa Kanon dengan pelindungan dewinya. Kini Katsuragi Keima terpaksa memulakan misi besar dalam mencari dewi-dewi yang lain demi menyelamatkan nyawa Kanon dan menghalang rancangan Vintage dalam membangkitkan neraka lama. Bersama pasangannya barunya Haqua dalam misi Keima untuk mencari dewi-dewi yang lain.