Black Bullet Malay Dub

Sinopsis:
Mengisahkan Rentaro yang merupakan orang yang terselamat dari perang Gastrea lalu dijadikan anak angkat oleh atuk Kisara. Setelah 10 tahun berlalu, Rentaro dan Kisara telah menubuhkan angensi keselamatan awam Tendo dan menjadi seorang promoter untuk memerangi Gastrea bersama Initiatornya Enju. Semasa ingin menyiasat serangan Gastrea di sebuah pangsapuri. Rentaro telah terjumpa seorang lelaki bertopeng misteri bersama mayat-mayat anggota polis. Menyedari lelaki bertopeng misteri itu berniat jahat lalu berlaku pertempuran antara mereka dan memaksa lelaki bertopeng misteri itu berundur. Enju telah terjumpa dengan mangsa jangkitan dan berlaku pertempuran Gastrea antara mereka. Enju merupakan anak waris sumpahan yang mengandungi darah Gastrea dalam badan mereka dan waris sumpahan ini yang akan melindungi manusia dari Gastrea. Enju mempunyai perasaan terhadap Rentaro namun dilayan dingin oleh Rentaro kerana menggangap Enju masih lagi seorang budak dan ingin memikat Kisara.
Info:
- Jenis : TV
- Episod : 13
- Status : Habis tayang
- Bersiaran : 8 April 2014 hingga 1 Julai 2014
- Waktu Siaran: Selasa 22:30PM (Waktu Jepun)
- Penerbitan : Geneon Universal Entertainment, AT-X, Showgate, NBCUniversal Entertainment Japan
- Lesen : Sentai Filmworks
- Studio : Kinema Citrus, Orange
- Sumber : Novel ringan
- Genre : Aksi, Fiksyen Sains, Misteri, Sedih
- Durasi : 24 minit setiap episod
- Rating Umur : 17 tahun ke atas
Info Tambahan
Audio :Bahasa Melayu dan jepun
Subtitle :Episode satu sahaja Malay dan English sub
Format Video: MKV